Jumat, 20 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » Mesir tamatkan darurat

Mesir tamatkan darurat

Tentera masih mengenakan perintah berkurung selama empat jam sehingga tempoh darurat tamat hari ini.

KAHERAH - MESIR. Mahkamah Mesir mengarahkan perintah darurat ditamatkan dua hari lebih awal selepas  negara itu kembali bergolak, tiga bulan lalu.

Menurut laporan AP, kelmarin, Kabinet memaklumkan mereka menghormati keputusan tersebut, namun ia hanya akan dilaksanakan selepas mendapat notis rasmi.

Bagaimanapun, Kementerian Pertahanan dan Dalam Negeri menegaskan perintah berkurung masih akan dikuatkuasakan di Mesir.

"Perintah berkurung bermula jam 11 malam hingga 3 pagi (waktu tempatan) itu akan dikenakan sehingga tempoh darurat tamat secara rasmi pada hari ini," jelas jurucakap tentera.

Pada 14 Ogos lalu, Presiden sementara Adly Mansour mengisytiharkan darurat berikutan keganasan kembali tercetus selepas pihak berkuasa  merobohkan khemah penyokong Ikhwanul Muslimin di Kaherah.    

Dalam perkembangan lain, bekas Presiden Mohammed Mursi dilaporkan mengadakan pertemuan bersama kumpulan peguam bela yang pernah menawarkan khidmat kepada beliau.i.

Difahamkan, pemimpin itu masih belum bersetuju diwakili mana-mana peguam sebaliknya beliau hanya mahu berbincang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas beberapa pihak. 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar