Senin, 16 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » ‘Makan’ sempadan

‘Makan’ sempadan

Kuala Lumpur: Tindakan seorang pemilik rumah di Taman Permata, Hulu Klang, di sini, mengubah suai rumah tanpa mengikut pelan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan menimbulkan rasa kurang senang penduduk.

Tinjauan Harian Metro mendapati rumah berkenaan melakukan pengubahsuaian melebihi paras dibenarkan sehingga menyebabkan tiang kabel telefon termasuk ke dalam kawasan rumah.

Penduduk, Muhd Asri Sarkawi, 46, berkata, ia tidak sepatutnya berlaku kerana pemilik rumah harus mendapatkan persetujuan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sebelum melakukan kerja pengubahsuaian.

“Bagaimana pemilik rumah itu boleh menjalankan kerja pembinaan sehingga siap sepenuhnya dan tiang kabel telefon terganggu hingga memasuki pagar rumahnya.

LALUAN belakang menjadi sempit akibat ubah suai rumah tidak ikut spesifikasi.

“Perkara ini boleh menimbulkan pelbagai masalah pada masa hadapan seperti kesukaran melalui jalan belakang rumah jika berlaku sebarang kecemasan,” katanya.


Menurut Muhd Asri lagi, keadaan itu boleh mengundang kepada kes kecurian kerana memudahkan penjenayah memanjat bumbung rumah di kawasan perumahan itu.

“Bila-bila masa saja pencuri boleh panjat tiang kabel telefon itu kerana terletak berhampiran rumah yang baru diubah suai itu.

“Sepatutnya setiap rumah perlu mematuhi undang-undang diberikan oleh MPAJ jika mahu mengubah suai rumah iaitu tidak menyentuh kira-kira dua meter di belakang rumah bagi laluan kecemasan,” katanya.

Muhd Asri berkata, keadaan itu boleh mengundang bahaya apabila kilat menyambar tiang kabel berkenaan ketika waktu hujan berikutan pagar besi melekat di tiang berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Rosliza Mohd, ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menjalankan proses pemutihan bagi kes yang tidak mendapat kelulusan MPAJ dalam kerja mengubah suai rumah.

“Jika mengikut prosedur, pemilik rumah perlu menghantar pelan rumah yang ingin diubah suai dan jika menepati segala aspek ditetapkan, kelulusan akan diberikan.

“Pemilik rumah boleh diberi notis untuk merobohkan pengubahsuaian yang dilakukan dan denda sebanyak RM1,500 jika melanggar aspek yang ditetapkan,” katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar