Jumat, 27 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » Keganasan Terhadap Wanita Meningkat

Keganasan Terhadap Wanita Meningkat


KANGAR – Kes keganasan terhadap wanita di negara ini meningkat saban tahun dan ia membimbangkan kaum wanita, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perlis, Rela Ahmad hari ini.

Menurutnya, bagi tempoh suku pertama tahun ini, sebanyak 2,595 kes keganasan terhadap wanita dilaporkan dan angka itu lebih tinggi berbanding sebanyak 2,295 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Ketika berucap pada sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2013 peringkat negeri Perlis di Pauh Putra dekat sini hari ini, Ketua Wanita Umno Perlis itu berkata punca peningkatan kes itu antara lain disebab tahap kesedaran yang masih rendah terhadap hak wanita.

Beliau berkata kes-kes keganasan terhadap wanita boleh dikawal jika semua pihak berperanan aktif menangani masalah itu melalui program meningkatkan kesedaran terhadap ancaman keganasan itu.

Sambutan itu dirasmikan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil di kampus Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra dan antara pengisian sambutan ialah ceramah motivasi.

Sambutan itu dianjurkan bersama oleh Jabatan Pembangunan Wanita Perlis, UniMAP Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) dan pertubuhan Women Centre for Change (WCC).

Sementara itu, Perunding Program WCC, Dr Preema Devaraj dalam ucapannya berkata sejak tahun 2000 sehingga 2012, purata keganasan rumah tangga setiap hari adalah sebanyak sembilan kes.

Katanya kebiasaannya kes-kes rumah tangga itu membabitkan keganasan terhadap wanita termasuk penderaan suami dan anggota keluarga yang lain.

Dr Prema berkata antara dalam tempoh tiga tahun sejak 2010 terdapat peningkatan kes keganasan terhadap wanita di seluruh negara membabitkan sebanyak 3,173 kes pada 2012, 3,277 kes pada 2011 dan 3,488 kes pada 2012.

Katanya kes itu adalah yang telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tetapi ada juga kes yang tidak dilaporkan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Canselor UniMAP Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin. – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar