Sabtu, 28 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » Insiden Monorel Terkandas Di Brickfields

Insiden Monorel Terkandas Di Brickfields






monorel-terkandas

Sekitar pukul 2 petang tadi, dua gerabak monorel RapidKL yang dalam perjalanan dari Stesen KL Sentral menuju ke pusat bandaraya mengalami masalah teknikal berhampiran Wisma Monorel di Jalan Tebing, Brickfields.

Seramai 183 penumpang terkandas dan terpaksa dikeluarkan daripada gerabak lain dengan menggunakan skylift.
Dalam kejadian itu seorang wanita hamil termasuk dua orang penumpang lain terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana mengalami masalah kesukaran bernafas dan cedera ringan ketika operasi menyelamat.
Insiden ini dipercayai disebabkan oleh monorel tersebut yang hilang kuasa akibat terlebih muatan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar