Sabtu, 22 Februari 2014

Game Angry Bird Ala Jokowi Selamatkan Jakarta

game selamatkan jakarta

Meskipun belum resmi diluncurkan, game "Selamatkan Jakarta" dengan tokoh Joko Widodo (Jokowi) sudah dimainkan puluhan ribu kali di dunia maya. Game yang diadaptasi dari Angry Bird ini merupakan salah satu inovasi baru untuk personal branding Jokowi dalam Pilkada DKI putaran kedua. 


"Dalam tempo singkat game ini sudah lebih dari 50.000 kali dipermainkan," kata Budi Purnomo Karjodihardjo, Koordinator Bidang Komunikasi & Media Center, Tim Kampanye Jokowi-Basuki.


Budi Purnomo menargetkan, setidaknya hingga Pilkada putaran kedua nanti game akan dimainkan lebih dari 1 Juta kali oleh netizen Indonesia. "Kita belum launching saja, sudah dimainkan lebih dari 50.000 kali, apalagi jika nanti sudah dilaunching," kata Budi bangga.
game selamatkan jakarta

"Game ini sangat mudah dimainkan karena diadaptasi dari game yang sangat populer Angry Bird dengan berbagai modifikasi gaya permainan", katanya.



Seperti dilansir detikINETyang dikutip blogEotika (15/08), Tokoh jagoan dalam game ini adalah Jokowi yang mempunyai misi untuk menyelamatkan Jakarta dari Biang-Biang permasalahan Jakarta yang ada selama ini seperti : oknum pejabat, pengusaha hitam, pelaku kriminal dan sampah yang melambangkan kekumuhan dan kemiskinan.



Untuk membersihkan masalah Jokowi bisa menggunakan senjata-senjata yang ada seperti Bom tomat, Rocket dan TNT. Tapi ingat jangan sampai Jokowi ikut menghancurkan warga yang baik yang menjadi teman Jokowi di game ini.



Menurut rilis, ini merupakan pesan dan harapan secara tidak langsung bagi Pak Jokowi jangan sampai ketika menjadi Gubernur mengambil kebijakan-kebijakan yang menyakiti warganya.



Mengenai tujuan dari pembuatan game ini sendiri, Juwanda menjelaskan bahwa ini merupakan bentuk kontribusi & support bagi Jokowi-Basuki untuk perubahan positif bagi Jakarta dan Indonesia.



"Selain itu kami juga menyampaikan pada masyarakat bahwa pendidikan politik bisa dilakukan dengan cara menyenangkan yaitu dengan bermain game," katanya.


Untuk dapat memainkan ini anda bisa klik apps.facebook.com/selamatkanjakarta atau www.metric-design.com/game.swf

sumber
ReadFull Article ..

Jumat, 21 Februari 2014

Nama “Muhammad” Kini Nama Paling Popular Di Britain

Nama Muhammad merupakan nama paling popular di London dan menjadi pilihan untuk bayi yang baru dilahirkan sejak tiga tahun berturut-turut.
Muhammad iaitu nama sempena Nabi Muhammad S.A.W itu paling popular, namun ia dieja dengan abjad berbeza iaitu Muhammad, Mohammed dan Mohammad.
Sejak 1999, nama bayi yang diberi nama Mohammed, telah meningkat lebih daripada separuh.
Nama pilihan lain iaitu Harry dan Jack, telah menduduki senarai 100 nama pilihan untuk bayi lelaki dalam rekod Jabatan Pendaftaran.
Selain nama Harry dan Amelia yang turut menjadi nama pilihan pada tahun lepas, nama lain yang turut serta ialah Hugo, Sonny dan Seth untuk lelaki.
Manakala nama Ivy, Darcey, Tilly dan Violet juga merupakan nama popular untuk kanak-kanak perempuan.
Sementara nama seperti Ashton dan Reece untuk lelaki serta Nicole dan Kayla untuk perempuan telah terkeluar daripada 100 senarai nama pilihan pada tahun ini.
Menurut pengasas kelab keibubapaan, Bounty.com, Lisa Penney, biarpun selebriti menamakan anak-anak mereka dengan nama yang pelik, namun ibu bapa lain lebih suka memberikan nama kepada anak mereka dengan nama tradisional dan mudah disebut.
“Kita melihat trend nama untuk orang tua ini semakin meningkat.
“Beberapa tahun lalu, nama Ava dan Isla jarang didengar untuk bayi perempuan, namun kini nama itu menduduki tangga 20 teratas,’’ katanya. Wowberita
ReadFull Article ..

Kamis, 20 Februari 2014

Sandra Bullock Kecewa Dengan Bekas Suami



LOS ANGELES – Pelakon terkenal, Sandra Bullock mengaku kecewa dengan kecurangan bekas suaminya, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Aktres filem Gravity itu membe- ritahu akhbar Daily Mirror bahawa dia mengakui memerlukan tempoh masa yang agak lama untuk melupakan tindakan curang bekas suaminya, Jessie James.

“Saya berasa sangat kecewa dan tidak tahu bagaimana untuk bangkit semula tetapi saya berikan masa kepada diri sendiri,” katanya.

Bullock, 49, kini merupakan ibu kepada seorang anak angkat lelaki berusia tiga tahun, Louis yang diambilnya selepas berpisah dengan James pada 2010.

Perkahwinan Bullock dengan James berakhir dua tahun lalu apabila kecurangan bekas suaminya itu terbongkar.

Aktres yang pernah meraih Anugerah Oscar itu berterima kasih ke- pada Louis kerana membantunya melihat dunia dari sudut berbeza dan memberinya perspektif baharu.

“Saya pernah baik dalam hidup seseorang tetapi apabila anda mempunyai anak, semuanya mengenai penerokaan dan membuat perkara yang saya suka tiga tahun lepas,” katanya.

“Saya mempunyai kehidupan yang baik sekarang dan menikmati setiap detik bersama Louis. Saya sedang belajar bagaimana untuk rasa gembira dengannya,” jelasnya. – Agensi
ReadFull Article ..

Rabu, 19 Februari 2014

Simpan enam juta tulang manusia

Rabu, 8 Ogos 2012

relevansokmo

src="http://platform.twitter.com/widgets.js" type

GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan seorang pengkaji terowong itu berjalan di barisan tulang dan tengkorak manusia.
PARIS - Bandar raya ini mempunyai daya tarikan pelancong di bawah tanah iaitu sebuah tempat simpanan tinggalan enam juta tulang manusia.
Menurut akhbar dalam talian MailOnline kelmarin, terowong bawah tanah itu dikenali sebagai Empayar Kematian Paris.
Terowong bawah tanah itu dijadikan tempat menyimpan rangka manusia sejak abad ke-18 bagi menyelesaikan masalah kawasan kubur yang terhad di Paris.
Menurut laman web CNN, pada 1786, kawasan perkuburan di Paris didapati tidak lagi mempunyai ruang untuk menanam mayat.
Ketika itu, mayat-mayat tersebut terpaksa dikebumikan dekat dengan kediaman manusia.
Terowong bawah tanah itu terdapat di Place Denfert-Rochereau dekat daerah Montparnasse di sini.
Sesiapa yang didapati menceroboh masuk ke dalam terowong sejauh 249.44 kilometer itu akan dikenakan denda sebanyak 60 euro (RM230.88).
Beberapa anggota polis mengawal terowong itu. 
- Agensi
ReadFull Article ..

Senin, 17 Februari 2014

Dua Terbunuh Ditanduk dalam Festival Adu Banteng adu lembu


Dua Tewas Ditanduk dalam Festival Adu Banteng
diariodenavarra.es
banteng mengamuk di arena adu banteng di Sepanyol
  BOGOTA - Satu festival adu banteng di utara Kolombia, menjadi bencana, setelah seekor lembu yang diadu mengamuk, dan membunuh  dua orang dan mencederakan 15 orang lainnya, pada24/3/2013), waktu setempat.

Menurut doktor yang merawat para korban, seorang yang terbunuh bernama Daniel Cardona (46). Nyawanya melayang akibat tusukan tanduk lembu di jantungnya.

"Sangat menyedihkan hewan itu menanduknya dan menggoroknya," ujar seorang penonton festival itu, seperti diberitakan oleh Skynews.com, Selasa (26/3/2013).

"Menurut laporan dari doktor yang ada di sana, lembu itu menusukkan tanduknya sangat dalam ke jantung orang itu," lanjutnya.

Sementara mansa yang terbunuh lainnya, yang juga seorang lelaki, terbunuh ketika menerima perawatan di rumah sakit. Ia cedea parah ketika cuba menaklukkan lembu yang sedang mengamuk tersebut.

Meskipun memiliki risiko tinggi, dan menuai protes dari aktivis hak-hal binatang, festival adu banteng di Colombia tetap menjadi aktiviti yang popular di Kolombia.TRIBUNNEWS.COM
ReadFull Article ..

Minggu, 16 Februari 2014

Pro Mahasiswa Siapa terlupa baca buku sebenarnya

sinar harian
RAZIATUL HANUM A.RAJAK
24 September 2012
Pilihan Raya Kampus.
Pilihan Raya Kampus.
KUALA LUMPUR - Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) mempertikaikan kenyataan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar universiti itu, Prof Datuk Dr Rohana Yusof berhubung bantahan Pro-Mahasiswa terhadap enam calon, yang didakwa dari kumpulan Pro-Aspirasi, tidak memenuhi syarat pemilihan pilihan raya kampus.

Presidennya, Syis Abd Kadir berkata, bukan Pro-Mahasiswa yang terlupa membaca buku, sebaliknya TNC yang tidak mengkaji perlembagaan universiti.

"Jelas tertulis di Perlembagaan Universiti bahawa calon–calon yang terpilih sebagai ahli  Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) wajib menjawat jawatan tersebut selama setahun.

"Calon yang kini berada dalam tahap akhir pengajian bagi kursus mereka adalah tidak layak bertanding dalam pemilihan sesi 2012/2013 kerana mereka akan menamatkan pengajian sebaik sahaja tamat peperiksaan akhir semester sesi 2012/2013 pada bulan Jun 2013. Jadi, siapa yang terlupa baca buku sebenarnya?" katanya.

Jelasnya, seseorang pelajar akan terhenti menjadi pelajar berdaftar secara automatik sebaik sahaja keputusan peperiksaan akhir diumumkan.

"Jika mereka bukan lagi pelajar berdaftar di UM, bagaimana mereka mahu melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai MPMUM?

"Ini akan menimbulkan situasi yang mana terdapat ahli MPMUM yang statusnya bukan lagi pelajar berdaftar tetapi memegang jawatan dalam MPMUM," tegasnya.

Tambah beliau,,keadaan tersebut bercanggah dengan peranan MPMUM yang bertanggungjawab mewakili mahasiswa UM kerana pelajar yang tidak berdaftar tidak lagi mempunyai kapasiti sebagai seorang ahli majlis.

Semalam, TNCHEP UM mengesahkan enam calon yang dibantah oleh Pro-Mahasiswa, layak untuk bertanding dalam pemilihan MPMUM, esok.

Enam calon yang menerima bantahan itu merupakan pelajar tahun akhir di universiti terbabit.

Sementara itu, hari ini Pro-Mahasiswa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka membantah lima calon bukan enam seperti yang dikatakan sebelum ini kerana salah seorang calon, Ahmad Syahmi Naim Mohd didapati masih mempunyai baki tiga semester pengajian.
ReadFull Article ..