Tampilkan postingan dengan label suami. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label suami. Tampilkan semua postingan
Selasa, 04 Maret 2014
Suami Isteri Disamun Empat Lelaki

KUANTAN – Sepasang suami isteri diikat sebelum barangan kemas dan wang tunai RM200 dilarikan empat lelaki yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Pahang, Jalan Sungai Soi di sini, awal hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superitendan Abdul Aziz Ahmad berkata, dalam kejadian 2.30 pagi itu pasangan suami isteri itu sedang nyenyak tidur apabila rumah mereka dimasuki suspek terbabit.
“Suspek kemudiannya bertindak mengikat mangsa, 48, dan isterinya, 40an, sebelum menggeledah rumah mereka sebelum melarikan barang kemas, tiga buah telefon bimbit dan wang tunai,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, keempat-empat suspek yang dipercayai warga Indonesia turut melarikan kereta jenis Proton Iswara milik mangsa.
Katanya, selepas suspek berkenaan malarikan diri pasangan suami isteri terbabit berjaya melepaskan ikatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuantan.
“Pasangan suami isteri itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu,” katanya.
Aziz berkata, nilai kerugian keseluruhan yang dialami mangsa juga masih dalam siasatan.
Katanya, polis kini memburu semua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Kamis, 20 Februari 2014
Sandra Bullock Kecewa Dengan Bekas Suami

LOS ANGELES – Pelakon terkenal, Sandra Bullock mengaku kecewa dengan kecurangan bekas suaminya, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Aktres filem Gravity itu membe- ritahu akhbar Daily Mirror bahawa dia mengakui memerlukan tempoh masa yang agak lama untuk melupakan tindakan curang bekas suaminya, Jessie James.
“Saya berasa sangat kecewa dan tidak tahu bagaimana untuk bangkit semula tetapi saya berikan masa kepada diri sendiri,” katanya.
Bullock, 49, kini merupakan ibu kepada seorang anak angkat lelaki berusia tiga tahun, Louis yang diambilnya selepas berpisah dengan James pada 2010.
Perkahwinan Bullock dengan James berakhir dua tahun lalu apabila kecurangan bekas suaminya itu terbongkar.
Aktres yang pernah meraih Anugerah Oscar itu berterima kasih ke- pada Louis kerana membantunya melihat dunia dari sudut berbeza dan memberinya perspektif baharu.
“Saya pernah baik dalam hidup seseorang tetapi apabila anda mempunyai anak, semuanya mengenai penerokaan dan membuat perkara yang saya suka tiga tahun lepas,” katanya.
“Saya mempunyai kehidupan yang baik sekarang dan menikmati setiap detik bersama Louis. Saya sedang belajar bagaimana untuk rasa gembira dengannya,” jelasnya. – Agensi
Rabu, 25 Desember 2013
Pengantin Perempuan Tersilap Suami

Napo – Seorang pengantin perempuan di bandar ini yang ingin menyambut perkahwinannya dengan mengadakan seks pada awal pagi selepas majlis itu berlangsung terkejut apabila menyedari lelaki di atas katil bukan suaminya, tetapi pengapit pengantin lelaki.
Bagaimanapun, tak ada gunanya dia menyesal kerana benda sudah terjadi, lapor akhbar Xinhua.
Pengantin perempuan itu yang dikenali sebagai Huang saja, dikatakan pergi ke bilik mandi pada awal pagi selepas malam majlis perkahwinan.
Dia dengan seronok kembali ke bilik yang disangka biliknya dan mula meraba lelaki berkenaan yang disangka suaminya.
Sebenarnya lelaki itu ialah pengapit suaminya ketika majlis perkahwinan mereka dan dia tidak menyedari bahawa dia sudah mengadakan seks hinggalah sejurus selepas hari mula cerah.
“Tolong! Tolong, saya dirogol,” jerit wanita itu sebaik menyedari kesilapannya.
Semua penghuni rumah berkenaan mengelilinginya. Dan selepas perbahasan hangat, mereka memutuskan cadar kotor keluarga itu tidak boleh dibasuh secara terbuka dan pengapit terbabit perlu membayar pampasan kepada pengantin baru itu sebanyak 20,000 yuan.
Keputusan itu bagaimanapun dibantah pengapit terbabit yang mendakwa dia tidak melakukan sebarang kesalahan dan tidak mempunyai wang untuk diberikan kepada pasangan pengantin itu.
Pasangan berkenaan kemudian mengheretnya ke balai. Tetapi polis enggan menyiasat kes itu kerana berpendapat apa yang berlaku tidak mencapai tahap merogol.
Kerana kecewa, mereka kemudian memfailkan tuduhan rogol terhadap lelaki itu di Mahkamah Rakyat Bandar Napo. Bagaimanapun, mahkamah juga menolak kes itu dengan berkata, tidak ada keganasan atau paksaan digunakan oleh pengapit berkenaan. – Agensi
Langganan:
Postingan (Atom)