Tampilkan postingan dengan label depan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label depan. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 01 Maret 2014

Syanie Kahwin Mac Tahun Depan



WALAUPUN pernah melalui episod kegagalan dalam rumah tangga pertama, nyata ianya tidak mematahkan hasrat pelakon Syanie Hisham untuk kembali bergelar suri buat kali kedua.

Syanie turut mendedahkan dia kini sudah menjadi tunangan orang pada Syawal lalu dan akan mengadakan majlis perkahwinannya pada Mac tahun depan.

Menerusi Metro Ahad, Syanie mengumumkan majlisnya itu nanti akan diadakan di Pulau Langkawi sejajar dengan tema perkahwinan idamannya iaitu tepi pantai dan ala dalam taman.

Tahniah diucapkan buat Syanie dan semoga ikatan yang dibina ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Oleh:  AUDREY LEE
ReadFull Article ..

Sabtu, 08 Februari 2014

Surau RM200 000 akan dibina selesai solat depan tandas

Harakahdaily, 18 Ogs 2013

(Laporan Harakahdaily sebelum ini - klik gambar untuk lihat laporan ini)

KUALA KANGSAR: Selepas berita umat Islam terpaksa solat di depan tandas di sebuah pusat perniagaan, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) mengeluarkan peruntukan RM200,000 untuk membina sebuah surau baru di situ.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khair-Il Anuar Wan Ahmad berkata, selepas perbincangan dibuat, peruntukan  itu akan dikeluarkan, lapor Sinar Harian.

Katanya, ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat apabila sebut harga pembinaan surau dikeluarkan pada minggu hadapan.

Sebelum ini, Harakahdaily menyiarkan bagaimana pelanggan dan peniaga di sebuah pusat perniagaan itu terpaksa solat di depan tandas.

Ini kerana, tiada kemudahan surau di kawasan terdekat. Walaupun ada Masjid Ubudiah namun ia agak jauh untuk pelanggan dan peniaga pergi ke sana.

"Kita akan buat penelitian terhadap isu ini kerana kemungkinan sabotaj juga ada. Mungkin mereka sengaja solat di kawasan itu dan memuat naik gambar tersebut dalam laman sosial untuk beri tanggapan tertentu.

"Sebuah bilik solat ada disediakan di atas pentas dan paip air untuk berwuduk juga disediakan," katanya.

Menurut wakil rakyat itu, pihaknya akan melihat secara menyeluruh dan perancangan rapi akan dibuat bagi memastikan pembangunan di Kuala Kangsar berjalan lancar selepas ini.

"Saya harap Yang Dipertua MPKK melihat isu ini secara menyeluruh kerana kawasan ini merupakan tempat tumpuan umum," katanya.

Sabotaj?

Dalam pada itu, pihak yang membuat laporan hal ini, Mohd Farhan Madzlan menolak andaian wakil rakyat BN ini bahawa ia ada unsur sabotaj.

"Unsur sabotaj ke atau unsur RM200,000. Tiba-tiba baru nak buat surau.. orang dah start solat mengadap tandas tu dah bertahun.. siapa yang pergi ke arena square semua tahu ceritanya.. kecuali yang tak solat la," tulis beliau dalam Facebooknya.

Beliau mengulas dakwaan wakil rakyat ini yang mendakwa liputan solat depan tandas ini mungkin ada unsur sabotaj.
ReadFull Article ..

Kamis, 21 November 2013

Janda Kurt Cobain Telanjang di Depan Wartawan


Courtney Love @ Splashnews.com


Courtney Love memang seakan tidak pernah lepas dari sensasi dan masalah. Setelah beberapa saat yang lalu, fotonya bersama seorang pria yang mirip sang mendiang suami Kurt Cobain tersebar, kali ini Courtney berulah kembali. Courtney dilaporkan telanjang di depan wartawan dan beberapa orang lainnya.

Courtney dijadwalkan bertemu dengan seorang jurnalis dari New York Times. Namun ketika sang jurnalis, Eric Wilson tiba di hotel yang ditempatinya di Manhattan, Courtney menyambutnya tanpa sehelai busana pun.
"Tak lama setelah pukul 8 malam, Love menyerbu ke dalam kamar dengan gaun Marchesanya yang diletakkan di salah satu lengannya. Sedangkan lengan yang lain berpegangan pada Anselm Kiefer, seorang seniman neo-ekspresionis," tulis Wilson.

"Dia sepenuhnya bersandar pada Kiefer, dan sempat berputar-putar di dalam kamar, berjalan di depan seorang fotografer, seorang asisten, penata rambut, juga aku. Kemudian dia menarik sebuah gaun transparan berenda yang sebenarnya sama sekali tidak menutupi tubuhnya, dan dia meminta bantuan padaku," tambahnya.

Ironisnya, dalam wawancara, janda Kurt Cobain berusia 46 tahun ini menyatakan bahwa dia ingin sekali lagi dipercaya publik setelah dianggap sebagai pecandu narkoba selama bertahun-tahun.

"Aku ingin dipercaya lagi. Aku sekarang mungkin tidak dipercaya. Mungkin orang-orang tidak ingin mendapat masalah. Mereka pikir mungkin aku akan mengatakan sesuatu yang tidak seharusnya kukatakan, tapi aku benar-benar berusaha untuk bisa dipercaya lagi," ungkap Love. What an amazing start to be trusted! (spl/mae)

sumber : http://id.omg.yahoo.com/news/janda-kurt-cobain-telanjang-di-depan-wartawan-khjx-0000347537.html
ReadFull Article ..