Tampilkan postingan dengan label bukan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bukan. Tampilkan semua postingan

Minggu, 02 Februari 2014

Wanita Itu Bukan Saya Carmen Soo

Carmen Soo


Aktres dan model antarabangsa, Carmen Soo menegaskan adegan ‘panas’ yang terdapat di dalam filem yang dibintanginya, The Hunter itu bukan dirinya.
Sebaliknya wanita berkenaan adalah pelakon Taiwan bernama Tavani manakala lelaki itu pula adalah pelakon Malaysia, Isaac Ong.
Carmen diminta mengulas persoalan orang ramai itu berikutan ramai yang tertanya-tanya benarkah dia melakukan adegen itu.
The Hunter merupakan filem seram-thriller dalam format 3D pertama di Asia Tenggara dan diarahkan oleh Bjarne Wong yang pernah mengarahkan filem ‘Sayang You Can Dance’ pada tahun 2008.
Filem ini sepatutnya ditayangkan pada September lalu namun tayangannya ditangguh kerana masih lagi dalam proses post-produksi.
“Dua bulan lepas saya ada bertanyakan pada pengarah tentang filem ini dan saya diberitahu ianya masih dalam proses post-produksi.
“Saya difahamkan disebabkan filem itu dalam format 3D jadi ia memakan masa yang lama untuk disiapkan,” katanya yang dipetik melalui Malaysiadigest, di sini, hari ini.
Menyentuh mengenai gosip hubungan percintaannya dengan Jericho Rosales suatu ketika dulu, Carmen memberitahu mereka berkawan baik.
“Saya dengan Jericho kawan baik. Cerita tentang kami bercinta tu hanya gosip.
“Dia sudah ada teman wanita dan saya pernah berjumpa dengan kekasihnya itu. Mereka sangat baik,” katanya.
Terbaru, Carmen Soo atau nama sebenarnya Soo Wai Ming telah dilantik sebagai wajah baru produk anti-penuaan RubyCollagen, Innershine, semalam.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
Foto: www.malaysiandigest.com
ReadFull Article ..

Sabtu, 01 Februari 2014

Suspek Pengawal Ambank Beli IC Palsu Bukan Yang Dikeluarkan Oleh JPN


KUALA LUMPUR – Suspek kes bunuh pegawai AmBank, Laode Ardina Laode Rasila dipercayai membeli kad pengenalan palsu daripada seorang lelaki warga Indonesia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pembelian kad pengenalan palsu itu dibuat di Malaysia dan ia bukan kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Dia (suspek) mengaku membeli kad pengenalan itu dari seorang lelaki warga Indonesia. Kita sedang menyiasat berkenaan dengan penjualan kad pengenalan palsu.

“Ini kad pengenalan palsu, bukan kad yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan suspek juga membeli kad pengenalan itu di Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah Dari Perspektif Islam di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu katanya, polis turut memburu seorang lagi rakan suspek yang dikenali sebagai Joemar dipercayai menjadi dalang utama merancang rompakan tersebut.

Menurut Khalid, rakan suspek itu juga dipercayai memiliki sebahagian besar wang tinjauan daripada rompakan itu.

Semalam, Laode Ardina diberkas oleh sepasukan anggota polis dari Bukit Aman dalam Ops Cantas yang dijalankan Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor.

Suspek dipercayai terlibat dalam rompakan di sebuah cawangan Ambank, USJ 2 Sentral pada 23 Oktober lepas menyebabkan seorang pegawai operasi bank terbabit, Norazita Abu Talib maut terkena tembakan di kepala.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">

sumber:
ReadFull Article ..